Bersama merasai kelazatan dan kepuasan pau yang gebu dan lembut

Bahan-Bahan:

πŸ“Œ1 kg tepung pau.

πŸ“Œ1 sudu teh baking powder.

πŸ“Kedua-dua bahan di atas diayak bersama (Bahan A)

πŸ“Œ1 sudu teh garam.

πŸ“Œ1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak.

πŸ“Œ2 1/4 cawan air.

πŸ“Œ11 gm yis.

πŸ“Œ1 sudu makan gula.

πŸ“Œ2 sudu makan susu pekat manis.

πŸ“Œ1 biji telur.

πŸ“Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut (Bahan B)

 

Cara Membuat :

1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk besar.

2. Tuangkan Bahan B cecair sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.

3. Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit.

4. Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pimpong ( anggaran berat 35 gm ).

5. Kemudian leperkan.

6. Masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan sebesar guli ( anggaran berat 12 gm ).

7. Tutup dan kemaskan.

8. Letakkan doh di atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat atau bulat, atau letakkan di atas paper cup yang dileperkan sedikit.

9. Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.

Tips :

Biarkan doh naik 1 kali ganda (jangan terlalu naik ya, sebab ia akan mengecut pula bila di kukus dan membuatkan permukaannya mengerutu dan keras).

Pastikan kukusan telah di panaskan terlebih dahulu hingga airnya betul-betul mendidih.

Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau berkawah.

Jika mahu buat Β½ adunan, kurangkan jumlah air, gula, susu pekat, sukatan yis tetap sama.

10. Kukus pau selama 7 hingga 10 minit.

Tips Untuk Frozen :

Setelah pau sejuk dari redai, simpan dalam bekas plastik yang kedap udara. Masukkan dalam beg plastik pun boleh.

Simpan dalam peti ais.

Bila nak makan keluarkan dan kukus semula selama 1 minit.

About The Author

By Published On: March 12th, 2020Categories: Pau0 Comments

Comments

More Posts You May Find Interesting